ALPHA Lancar “Tiada Pengganti” Secara Surprise Drop, ALPHANITES Teruja
- N

- 6 hours ago
- 1 min read
Kumpulan M-pop ALPHA melancarkan lagu terbaru mereka berjudul “Tiada Pengganti” tepat jam 12 tengah malam tadi secara surprise drop tanpa pengumuman awal.

Pelancaran mengejut ini segera mencuri perhatian peminat setia mereka, ALPHANITES, yang dilihat berkongsi reaksi teruja di media sosial sejurus lagu tersebut tersedia di platform penstriman.
Menurut teaser dan perkongsian di media sosial rasmi, lagu ini dilancarkan sebagai sebahagian daripada usaha membina momentum menjelang album debut ALPHA yang dijangka akan dikeluarkan pada 15 Jun 2026.
Berbeza dengan lagu mereka sebelum ini seperti P. Ramlee, Saloma dan Monalisa (Bang Bang), “Tiada Pengganti” tampil dengan slow ballad, membawa vibe yang lebih tenang dan emosional.
Pelancaran “Tiada Pengganti” menandakan kemunculan terbaru mereka dalam industri muzik tempatan tahun ini. Lirik Lagu Tiada Pengganti - ALPHA Indahnya melihat kau lari kejar bahagia
Buang apa yang diragu aku ada
denganmu sayang
Jangan lupa apa yang mama
sentiasa berkata
Hanya masa yang mampu mengubat hati
yang pilu, sungguh
Segala yang terjadi
Akhirnya aku mengerti
Sayang yang tiada pengganti
Cinta ikhlas ku sepenuh hati
Andai kau sudah jalani dunia
Rasa manisnya
Bahagia yang kau jumpa
Jika
berubah jadi duka
Ku kan ada
tuk membalutkan luka
Sayang
Andai kau sudah jalani dunia
Rasa manisnya
Bahagia yang kau jumpa
Jika
berubah jadi duka
Ku kan ada
tuk membalutkan luka
Sayang



Comments