top of page

ALPHA Dedah Layout Seating The First Wave Concert, Ini Benefit Setiap Kategori Tiket

  • Writer: N
    N
  • 3 minutes ago
  • 2 min read

Peminat ALPHA kini boleh mula merancang tempat terbaik untuk menikmati The First Wave Concert selepas kumpulan itu berkongsi layout seating rasmi menerusi Instagram @alphaofficialmy sebentar tadi. Selain harga tiket, pelan tempat duduk yang diumumkan turut memperlihatkan pembahagian setiap kategori di dalam Zepp Kuala Lumpur.

Berdasarkan layout yang dikongsikan, ruang konsert dibahagikan kepada empat kategori utama iaitu VIP Standing, Standing, Seated (Level 2) dan Box. Susun atur ini membolehkan peminat memilih pengalaman menonton yang bersesuaian dengan bajet dan pilihan masing-masing sebelum mendapatkan tiket.


Bagi kategori VIP Standing, tiket dijual pada harga RM188, manakala kategori Standing ditawarkan pada RM108. Peminat yang ingin menikmati persembahan dari tempat duduk pula boleh memilih kategori Seated (Level 2) yang berharga RM168. Sementara itu, tempahan bagi kategori Box boleh dibuat dengan menghubungi pihak penganjur.

Selain akses ke konsert, beberapa kategori tiket turut hadir dengan keistimewaan tersendiri. Pemegang tiket Box akan menerima akses ke sesi soundcheck, hidangan ringan, barangan eksklusif ALPHA, lanyard dan pemegang ID edisi terhad, poster bertandatangan, goodie bag serta random photo card. Bagi kategori VIP Standing, peminat turut menerima lanyard dan pemegang ID edisi terhad, poster bertandatangan, goodie bag serta random photo card. Pemegang tiket Standing dan Seated (Level 2) pula akan menerima random photo card sebagai cenderahati.


Peminat juga disaran mengambil perhatian terhadap syarat kemasukan yang ditetapkan. Akses ke kawasan VIP Standing dan Standing hanya dibenarkan kepada individu berusia 16 tahun ke atas. Bagi kategori Seated (Level 2) dan Box, peminat berusia enam tahun ke atas dibenarkan hadir, namun mereka yang berumur di bawah 16 tahun perlu ditemani penjaga berusia sekurang-kurangnya 18 tahun yang memiliki tiket sah.

The First Wave Concert akan berlangsung pada 26 September 2026, jam 8.30 malam di Zepp Kuala Lumpur dan dianjurkan oleh Rocketfuel Entertainment. Sebagai konsert solo pertama ALPHA, pengumuman layout seating ini pastinya membantu peminat membuat pilihan sebelum tiket menjadi rebutan.


Bagi anda yang sudah merancang untuk menyaksikan ALPHA beraksi secara langsung, inilah masanya untuk memilih kategori yang diinginkan dan bersedia menjadi sebahagian daripada gelombang pertama konsert solo mereka.

Comments


bottom of page