top of page

Aksi Memukau Shila Amzah di Beijing Curi Tumpuan Dunia

  • Writer: Ain Najihah
    Ain Najihah
  • 6 days ago
  • 1 min read


Penyanyi terkenal tanah air, Shila Amzah sekali lagi mengharumkan nama Malaysia apabila tampil memukau di pentas Festival Filem Antarabangsa Beijing ke-15 yang berlangsung di Beijing, China.


Dalam acara berprestij itu, Shila diberi penghormatan untuk membuat persembahan istimewa dengan mendendangkan dua buah lagu iaitu satu dalam bahasa Inggeris dan satu lagi dalam bahasa Mandarin secara duet bersama penyanyi tersohor China, Sun Nan.



Kehadiran Shila di festival berkenaan mencetuskan reaksi positif dalam kalangan warganet dan para peminat di media sosial. Rata-rata meluahkan rasa bangga serta kagum terhadap pencapaian beliau malah turut mendoakan agar kerjayanya terus berkembang, khususnya dalam industri hiburan di China.


 Shila mula mencipta nama di negara itu selepas menjuarai pertandingan realiti nyanyian Asian Wave pada tahun 2012. Sejak itu, beliau terus aktif mengembangkan kerjaya seninya di rantau berkenaan.


Pada tahun 2016, Shila turut diberi kepercayaan oleh Tourism Malaysia sebagai Duta Pelancongan bagi memperkukuh hubungan budaya dan pelancongan antara Malaysia dan China.


Pencapaian terkininya ini membuktikan bahawa Shila bukan sahaja memiliki bakat yang luar biasa, tetapi juga daya tarikan antarabangsa yang menjadikan beliau antara artis Malaysia paling berpengaruh di peringkat global.

Comments


bottom of page