top of page

Ahli kumpulan One Direction, Zayn Malik dan Louis Tomlinson menjadi perhatian setelah gambar mereka malam semalam tular di media sosial.

  • Writer: Atiqah Halim
    Atiqah Halim
  • 14 hours ago
  • 1 min read

Bekas ahli One Direction, Zayn Malik dan Louis Tomlinson, kembali mencuri tumpuan selepas dilihat bersama di dua acara berbeza baru-baru ini.


ree

Di New York City, pasangan yang pernah melalui konflik panjang ini dirakam bergambar bersama seorang peminat. Gambar tersebut jadi istimewa kerana ini merupakan kali pertama mereka berdua bergambar bersama selepas lebih sedekad. Sebelum ini, kali terakhir mereka dilihat bersama ialah ketika menghadiri majlis pengebumian rakan kumpulannya, Liam Payne, di Buenos Aires pada Oktober lalu.


Walaupun pernah berbalas kenyataan di media sosial selepas Zayn meninggalkan kumpulan itu pada tahun 2015, kedua-duanya kini kelihatan lebih selesa. Louis sendiri pernah mengakui dalam satu temu bual pada 2022 bahawa hubungan mereka “masih ada perkara yang belum selesai”, tetapi beliau semakin terbuka untuk melupakan perbalahan lama.


Tidak lama selepas pertemuan di New York, Zayn dan Louis sekali lagi mencetuskan tanda tanya apabila hadir di sebuah persembahan kecil band di Pondin Franklin, Tennessee. Kehadiran mereka yang tidak dijangka membuatkan peminat serta komuniti muzik terkejut, apatah lagi apabila foto mereka di lokasi itu mula tular di media sosial.


ree

Kehadiran duo ini segera menimbulkan pelbagai spekulasi. Ada yang berpendapat mereka sekadar keluar menonton persembahan, manakala ada juga yang percaya is mungkin petanda projek baharu atau kerjasama dalam dunia musik. Tambahan pula, akaun media sosial Pondin Franklin mencatat peningkatan pengikut secara mendadak selepas insiden itu.


Walaupun tiada pengesahan rasmi daripada Zayn mahupun Louis, jelas bahawa kemunculan mereka tetap mencuri perhatian. Sama ada sekadar kebetulan atau sesuatu yang lebih besar sedang dirancang, dua nama ini sekali lagi membuktikan mereka masih mampu menggamit minat ramai.


Comments


bottom of page