Aespa Gempur Dunia PUBG dengan 'Dark Arts'!
- Ain Najihah
- 11 minutes ago
- 1 min read

Kumpulan sensasi K-pop, aespa, bakal menggegarkan dunia hiburan dan permainan video dengan single terbaharu mereka bertajuk ‘Dark Arts’ yang akan dilancarkan pada 15 Julai 2025. Lagu ini merupakan sebahagian daripada kolaborasi eksklusif mereka bersama permainan popular, PUBG.
Dalam satu hantaran rasmi oleh Pop Base, gambar promosi memperlihatkan ahli aespa iaitu Karina, Giselle, Winter dan Ningning dalam gaya futuristik dan penuh aksi, lengkap dengan senjata ala medan tempur PUBG, sekali gus memberikan bayangan konsep yang lebih gelap dan berani daripada kebiasaan mereka.
Menariknya, kolaborasi ini bukan sahaja menjanjikan pengalaman muzik yang baharu, tetapi turut menggabungkan elemen visual dan estetik permainan PUBG yang semakin popular di seluruh dunia.
Ia dijangka akan mencetus fenomena baharu dalam dunia K-pop dan e-sukan, dengan gabungan kuasa dua industri besar iaitu muzik dan permainan video.
Melihat kepada kejayaan aespa yang tidak pernah menghampakan peminat, Dark Arts diyakini bakal menjadi satu lagi karya hit yang melangkaui batas genre dan budaya.
Adakah anda bersedia untuk kolaborasi ini?
Comments