Achey Meriahkan Aidilfitri Dengan Dua Lagu Raya Baharu, “Nak Balik Raya” & “Ibu Raya”
- Tasnim Ahmad
- 2 hours ago
- 1 min read
Setiap kali musim raya, pasti ada lagu baharu yang jadi teman perjalanan balik kampung. Tahun ini, Achey tampil memeriahkan Aidilfitri dengan dua lagu raya baharu berjudul “Nak Balik Raya” dan “Ibu Raya”.

Menariknya, muzik video “Nak Balik Raya” terus mendapat perhatian apabila berjaya memasuki Top 10 carta trending muzik di YouTube selepas dimuat naik pada 28 Februari lalu, dengan hampir 500,000 tontonan setakat ini.
Lagu “Nak Balik Raya” membawa konsep ceria dan santai yang menggambarkan keterujaan orang ramai membuat persiapan pulang ke kampung menjelang Aidilfitri.
Lebih istimewa, Achey turut melibatkan ahli keluarganya sendiri termasuk isteri dan anaknya, Tiara dalam projek ini bagi menonjolkan elemen kekeluargaan yang lebih dekat dengan kehidupan sebenar.
Menurut Achey, lagu ini juga diinspirasikan daripada pengalaman peribadinya sebagai artis yang kadangkala tidak sempat pulang beraya kerana komitmen kerja.
Selain berkongsi suasana perjalanan balik kampung, lagu ini turut membawa mesej supaya generasi masa kini terus mengekalkan budaya pulang ke kampung setiap kali Aidilfitri.
Selain lagu yang ceria, Achey turut tampil dengan sebuah lagi lagu raya berjudul “Ibu Raya” yang memberi fokus kepada peranan ibu dalam keluarga ketika menyambut Aidilfitri.
Lagu ini dinyanyikan bersama penyanyi cilik Tantari serta dua bakat muda iaitu Dahlya dan Rayyan, menjadikan lagu tersebut lebih terasa hangat dengan elemen kekeluargaan.
Kedua-dua lagu terbitan Seventeen Eleven Music ini diharapkan dapat menemani orang ramai sepanjang musim raya, sama ada ketika dalam perjalanan pulang ke kampung, membeli-belah di bazar Ramadan atau berkumpul bersama keluarga.



Comments