8 Tersingkir! Raise The Star Malaysia Mula Bakar Pentas Dengan Drama & Suara Padu
- kaypohmedia
- 15 hours ago
- 1 min read
Konsert pengenalan Raise The Star Malaysia semalam memang ‘panas’ habis! Bukan sebab lampu stage je, tapi sebab 8 peserta terus tersingkir lepas first show. Yup, dari 30 peserta yang masuk, hanya 22 je yang berjaya ke minggu seterusnya. Antara nama yang terpaksa angkat kaki awal ialah Iqmal Romie, Azren Al Bakri, Bella, Aiman Hakim, Amir, Wanss Ahmad, Syahera dan Halida Ramlee.

Dalam ramai-ramai tu, 5 peserta berjaya mencuri hati juri dan penonton sekali gus. Rayme, Zuana, Aril Eles, Pasya dan Zury diumumkan sebagai top 5 dengan markah tertinggi malam tu.

Persembahan mereka memang all out dan energy atas pentas tu power gila! Ada juga 6 lagi yang berjaya lepas ke minggu depan antaranya Bosswan, Erika Foo, Faysal Saad dan beberapa nama lain yang tengah naik di media sosial.
Juri? Memang heavyweights. Gabungan Ajai, Audi Mok, Aina Abdul, Shila Amzah dan Ikhwan Fatanna bagi markah 80%, dan 20% lagi datang dari undian peminat kat Gempak.com. Special untuk konsert pengenalan, Tomok pula turun padang jadi juri jemputan.
Konsert ni dimeriahkan dengan dua hos power, Sherry Alhadad dan Alif Satar, yang memang sentiasa buat penonton tak kering gusi. Izzue Islam pula handle Live+ untuk konten real-time dan interaksi peminat.
Minggu depan, peserta akan tampilkan lagu bertema “Siapa Aku” jadi kita akan lebih kenal siapa mereka sebenarnya, bukan dari suara je, tapi dari cerita di sebalik lagu.
Comments