5 Seconds of Summer Kembali Gegar Malaysia 17 November 2026
- N

- 3 hours ago
- 2 min read
Band pop-rock kegemaran ramai, 5 Seconds of Summer atau lebih mesra dipanggil 5SOS, sah akan kembali ke Kuala Lumpur sebagai sebahagian daripada jelajah dunia terbaru mereka Everyone’s A Star World Tour.
Selepas beberapa tahun “hilang” dari pentas Malaysia, kali ini mereka datang dengan janji persembahan yang lebih besar, lebih bertenaga, dan penuh nostalgia untuk peminat setia.

Konsert ini dijadualkan berlangsung di Unifi Arena pada 17 November 2026. Walaupun waktu rasmi masih belum diumumkan, hype dia dah mula terasa especially dalam kalangan peminat lama yang membesar dengan lagu-lagu mereka.
Apa yang buat konsert ini menarik? Mestilah lineup lagu yang confirm buat satu arena sing along. Bayangkan dengar Youngblood dan She Looks So Perfect secara live, dengan crowd Malaysia yang memang terkenal kuat menyanyi sama-sama. Memang goosebumps.

Dari segi tiket, peminat boleh bersedia awal sebab jualan dijangka ‘panas’:
Artiste Presale: 4 Mei 2026 (12 tengah hari – 11:59 malam)
General Sale: 5 Mei 2026 (bermula 12 tengah hari)
Kalau ikut rekod konsert antarabangsa di KL sebelum ini, slot presale biasanya cepat habis. Jadi, siapa yang plan nak pergi, better standby awal.
Untuk yang mungkin baru nak kenal atau sekadar refresh memori 5SOS terdiri daripada Luke Hemmings, Michael Clifford, Calum Hood dan Ashton Irwin. Mereka bermula dari Australia dan berkembang jadi fenomena global dengan gabungan bunyi pop dan rock yang catchy tapi tetap ada identiti sendiri.
Apa yang buat 5SOS kekal relevan sampai sekarang adalah cara mereka connect dengan peminat bukan sekadar perform, tapi vibe keseluruhan konsert tu sendiri. Dan itulah yang peminat Malaysia paling tunggu.

Akhir kata, November 2026 nampaknya bakal jadi bulan yang “loud” untuk peminat muzik live di Malaysia. Soalan dia sekarang: anda team berdiri depan stage atau duduk sambil enjoy vibes?



Comments