5 Fakta Menarik Tentang Rijeu Band (Fakta #3 Confirm Buat Korang Teruja!)
- kaypohmedia
- Jul 21
- 1 min read
Rijeu Band sedang mencipta gelombang baru dalam dunia muzik Malaysia! Kalau korang belum kenal siapa mereka, inilah masa terbaik untuk catch up.
Ini 5 fakta menarik tentang kumpulan pop‑rock wanita paling ‘galau’ tahun 2025:

All-Girl Band Serba Lengkap
Bukan senang nak jumpa band wanita yang ada vokalis, gitaris, bassis, drummer dan keyboardis, semuanya perempuan! Rijeu terdiri daripada Dina, Afyna, Ifel dan Iman, empat wanita berbakat besar yang bukan sekadar pandai bermain muzik, tapi juga berani bawa suara sendiri dalam industri.
Lagu Debut Mereka Ada Nama Rare
Single sulung Rijeu berjudul “Damon” yang juga merupakan singkatan kepada “Dah Moved On”.Lagu ni bukan sekadar sedap, tapi jadi lagu tema untuk mereka yang patah hati tapi ready nak bangkit balik. Confirm relatable!

Fakta Ini Akan Buat Korang Teruja
Dalam masa 2 minggu selepas debut:
1,953 monthly listeners di Spotify
14,000 likes di TikTok
408 jam watch time di YouTube
Baru mula, tapi angka dah macam band yang lama bertapak. Ini bukan biasa-biasa!
Persembahan Live Yang Padu
Walaupun baru muncul, Rijeu dah naik pentas di Vox Live KL dan beberapa gig sekitar KL. Aura mereka kuat, vibe underground tapi energy macam band besar.Korang boleh tengok klip persembahan mereka yang viral di IG dan TikTok @rijeu.my!

Mereka Diurus Oleh Label Yang Unik
Rijeu bukan band biasa. Mereka berada di bawah Malam Galau Records, label yang fokus pada muzik galau tapi empowering.Dengan tagline “Suara Patah Hati & Mati Rasa”, label ni jadi tapak yang kukuh untuk band wanita seperti Rijeu berkembang.
Nak tahu lebih?Layari malamgalau.com/rijeu untuk semua info, video muzik, profil ahli dan behind the scenes!
Comments