top of page

5 Bintang, 1 Pentas: Musica Fest Bakal Gegar Axiata Arena!

  • Writer: Ain Najihah
    Ain Najihah
  • 4 days ago
  • 2 min read


Bersiap sedia untuk malam yang penuh magis dan melodi yang menggetarkan jiwa apabila Musica Fest 2025 membawakan lima nama besar dari Indonesia ke pentas utama Axiata Arena, Kuala Lumpur pada 16 November 2025.


Konsert kali ini menyaksikan Shiraz Projects berganding bahu bersama Musica Studio’s dalam menganjurkan sebuah pesta muzik berskala besar yang menghimpunkan bintang pelbagai genre iaitu Nidji, Geisha, D’Masiv, Shakira Jasmine dan Steven Pasaribu dalam satu malam penuh euforia muzik.


Menurut pengasas Shiraz Projects, Shirazdeen Karim, pemilihan artis bukanlah secara kebetulan.


 “Kami memilih pemuzik dari latar belakang berbeza untuk mencerminkan kepelbagaian bunyi yang ditawarkan oleh Musica Fest. Nama-nama seperti Nidji, Geisha dan D’Masiv sudah terbukti kekal relevan dalam industri, manakala Shakira Jasmine dan Steven Pasaribu mewakili wajah baharu yang sedang meningkat naik,” jelasnya.


Ini bakal menjadi pengalaman sulung buat Shakira dan Steven di pentas Malaysia, menyertai tiga nama besar yang telah lama menawan hati peminat di rantau ini.


Kumpulan Nidji turut menyatakan keterujaan mereka kerana berpeluang kembali berkongsi pentas dengan rakan seperjuangan serta memperkenalkan artis muda kepada peminat tempatan.


“Musica Fest bukan sekadar konsert, tetapi satu perayaan muzik yang menghubungkan generasi dan melangkaui genre,” ujar Nidji.


Penonton boleh menjangkakan persembahan ikonik seperti “Hapus Aku” (Nidji), “Cinta Ini Membunuhku” (D’Masiv), “Lumpuhkan Ingatanku” (Geisha), “Benar Salah” (Shakira Jasmine) dan “Cinta Tlah Terlambat” (Steven Pasaribu). Lagu-lagu ini pastinya akan menggamit nostalgia dan menyemarakkan suasana malam tersebut.



Tiket bakal mula dijual pada 23 April 2025, jam 10 pagi di laman rasmi https://myticket.asia/ dengan harga seperti berikut:

  • Diamond: RM398

  • Platinum: RM198

  • Gold: RM158

  • Rockzone (Free Standing): RM188


Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada malam bersejarah ini. Bersiap sedia untuk menyanyi sekuat hati bersama lima pemuzik luar biasa dari negara seberang!


Comments


bottom of page