3 Hajat: Filem Drama Yang Bakal Buat Penonton Menangis Dalam Pawagam
- Atiqah Halim
- 3 days ago
- 1 min read

KRU Studios dan Astro Shaw bergabung tenaga sekali lagi, tapi kali ini bukan dengan sci-fi atau aksi CGI gempak, sebaliknya sebuah drama memainkan jiwa berjudul “3 Hajat”, arahan Zul Huzaimy. Filem ini bukanlah drama meleret tipikal, tapi penuh konflik, emosi dan sinematik yang mantap.

Cerita yang ringkas tapi mendalam; Awang (lakonan Eman Manan), seorang bekas banduan yang sakit tenat, nak tunaikan tiga hajat terakhir dengan anak tunggalnya Tawfiq (Amerul Affendi). Tapi hubungan mereka jauh dari indah kerana masing-masing ada trauma dan sisi gelap yang belum selesai. Bayangkan ayah yang menyesal dengan masa lalu + anak yang keras hati = letupan emosi besar.

Zul Huzaimy menghuraikan filem ini sebagai “eksplorasi penebusan dan perdamaian”, yang menunjukkan bahawa ianya bukan kisah jernih hitam putih, tapi anti-hero dengan luka sendiri. Yang lagi best, latar cerita ini di perkampungan nelayan Terengganu yang memainkan visual latar yang cantik, siap dapat sokongan daripada kerajaan negeri. Sampai ada Tayangan DiRaja, dengan Sultan Mizan dan Sultanah Nur Zahirah sendiri turun tengok first-hand.

Menurut Astro Shaw, gandingan hebat antara Eman Manan dan Amerul Affendi akan menggemparkan pawagam dengan lakonan mereka. Ditambah pula debut Iman Aneesa yang dikatakan akan curi perhatian. KRU Studios pula excited kerana ini merupakan kali pertama mereka masuk genre drama eksperimental. Dato’ Norman siap janji untuk keluarkan sekurang-kurangnya satu filem seperti ini setiap tahun.

“3 Hajat” akan secara rasminya ditayangkan di 70 pawagam seluruh Malaysia bermula 2 Oktober 2025. Jadi, kalau korang tengah craving drama yang bukan sekadar tangkap leleh, tapi betul-betul bagi penampar emosi, filem ini wajib ditonton.
Untuk info lanjut, layari www.3hajat.com

Comments