top of page

20 LAGU YANG BAKAL BERENTAP DI PENTAS AJL40 SEPARUH AKHIR

  • Writer: Tasnim Ahmad
    Tasnim Ahmad
  • Apr 7
  • 1 min read

Kalau korang follow perkembangan muzik tempatan, mesti tengah hangat pasal AJL40 separuh akhir sekarang ni. Yup, akhirnya 20 lagu terbaik yang bakal berentap dah diumumkan dan jujurnya, memang banyak pilihan yang buat kita rasa “eh, lagu ni pun masuk?!”


Pengumuman dibuat menerusi program Muzik Muzik, sekaligus merungkai spekulasi peminat yang dah lama meneka siapa layak ke pentas seterusnya. Sempena ulang tahun ke-40 Anugerah Juara Lagu, edisi kali ni nampak macam lebih sengit daripada biasa.


Daripada 30 lagu carta Muzik Muzik 40, hanya 20 dengan markah tertinggi dipilih. Maksudnya? Semua yang masuk ni memang heavy hitters.


Senarai 20 Lagu Separuh Akhir AJL40

  1. Hijab Rindu – Black Hanifah

  2. Nurcinta – Amir Masdi

  3. Nostalgila – Haqiem Rusli

  4. Lemah – Dayang Nurfaizah

  5. Kerana Ego – Khai Bahar

  6. Tangisan Seorang Pendosa – Marsha Milan

  7. Pernah Punya Aku – Shila Amzah

  8. F – Floor 88

  9. Tiwikarma – K.O.I

  10. Puaskah – Ameerais & Mariam Saim

  11. Seribu Tahun Lagi – Imran Ajmain

  12. Tak Adil – Aisha Retno

  13. Semacam Pandora – Hazama

  14. Rasa & Takdir – Amira Othman & Irfan Haris

  15. Cak Cak Cekuk – Wani Kayrie

  16. Hilangmu Tak Terganti – Tajul & Afieq Shazwan

  17. Kamu – Aina Abdul

  18. Menyala – Stacy

  19. Ke Mana Ni – Luca Sickta, Kmy Kmo & Salammusik

  20. Lumangad Oku Dika – Ryenald Guntabid


Tak ketinggalan, ada juga lagu yang tak berjaya mara walaupun popular antaranya “Gasoline” (Akim & The Majistret) dan “Peluk” (Hael Husaini & Nadeera). Biasalah, persaingan ketat.


Separuh akhir AJL40 bakal berlangsung pada 17 dan 18 April 2026, disiarkan secara langsung dari Studio 1 Glenmarie jam 9 malam di TV3, dan juga boleh distrim di Tonton.


Jadi sekarang persoalannya, lagu mana yang korang rasa confirm layak ke final?

Comments


bottom of page