top of page

15 Lagu Terbaik MM40: Laluan Ke AJL40 Makin Sengit

  • Writer: Tasnim Ahmad
    Tasnim Ahmad
  • 4 hours ago
  • 2 min read

Kalau korang follow perkembangan 15 lagu terbaik MM40, mesti dah rasa bahang persaingan menuju pentas Anugerah Juara Lagu 40 (AJL40) tahun ni. Baru je diumumkan, tapi vibe dia dah macam “final dah dekat”!


Pengumuman yang dibuat dalam program Muzik Muzik ni sebenarnya jadi ‘checkpoint’ awal untuk tapis lagu-lagu yang layak ke peringkat seterusnya. Lagi menarik, sempena edisi ke-40, hanya 20 lagu sahaja akan dipilih ke Separuh Akhir AJL40. Yes, makin sikit slot, makin sengitlah persaingan.


Apa yang buat tahun ni lagi menarik? Gabungan nama besar dan bakat baru. Dari lagu yang penuh emosi sampai yang high energy, semua ada. Memang mencerminkan warna sebenar industri muzik Malaysia sekarang.


Antara lagu yang berjaya curi perhatian dan berada dalam senarai 15 terbaik ialah:


  1. Hijab Rindu – Black Hanifah

  2. Seribu Tahun Lagi – Imran Ajmain

  3. Pernah Punya Aku – Shila Amzah

  4. Tangisan Seorang Pendosa – Marsha Milan

  5. Tiwikarma – K.O.I

  6. Puaskah – Ameerais & Mariam Saim

  7. Semacam Pandora – Hazama

  8. Rasa & Takdir – Amira Othman & Irfan Haris

  9. Hilangmu Tak Terganti – Tajul & Afieq Shazwan

  10. Kamu – Aina Abdul

  11. Ke Mana Ni – Luca Sickta, KMY KMO & Salammusik

  12. Musnah – Danial Kifli

  13. Bunga Kemboja – Iman Troye

  14. Ketagih – Cherry On Top feat. Datuk Syafinaz Selamat

  15. Lumrah Cinta – Puteri Khareeza


Kalau tengok senarai ni, memang nampak jelas trend muzik sekarang dimana ia lebih pelbagai, lebih berani, dan ada identiti masing-masing. Tak kisahlah korang team balada sendu atau team lagu catchy, mesti ada satu dua lagu yang kena dengan jiwa.


Apa yang lagi buat ramai ‘kaypoh’? Ini baru separuh cerita. Lagi 15 lagu akan diumumkan minggu depan, sebelum dipilih menjadi 20 lagu terbaik ke Separuh Akhir. Tarikh penting? 5 April ni so korang kena

standby!


AJL40 Separuh Akhir pula akan berlangsung pada 17 & 18 April 2026, live di TV3 dan juga di Tonton. Jadi, siapa yang akan lepas ke final? Itu yang kita sama-sama tunggu.

Comments


bottom of page