top of page

1000 Peminat Bertuah Bakal Saksikan Episod Akhir Law and the City Bersama Lee Jong Suk dan Moon Ga-young

  • Writer: Ain Najihah
    Ain Najihah
  • Jul 24
  • 1 min read
ree

Berita gembira buat peminat K-drama! Dua bintang popular Korea Selatan, Lee Jongsuk dan Moon Gayoung, bakal hadir ke Malaysia sempena tayangan episod akhir drama sensasi mereka, Law and the City. 


Acara eksklusif ini dijadualkan berlangsung pada 10 Ogos 2025, dan akan menyaksikan seramai 1000 peminat bertuah akan diundang khas untuk menyaksikan penutup kisah drama yang penuh emosi ini bersama para pelakon utamanya sendiri!



Kehadiran Lee Jong suk dan Moon Gayoung pastinya menjadi tumpuan ramai, memandangkan drama Law and the City mencatatkan sambutan hangat sejak ia mula ditayangkan, dengan lakonan mantap mereka sebagai teraju utama.


Tayangan istimewa ini bukan sahaja menawarkan peluang untuk menyaksikan episod terakhir lebih awal, tetapi juga memberi peminat peluang untuk melihat secara langsung chemistry luar biasa antara kedua-dua pelakon ini yang telah mencuri hati penonton di seluruh dunia.


Maklumat lanjut mengenai lokasi dan cara penyertaan akan diumumkan tidak lama lagi. Jadi, peminat Lee Jongsuk dan Moon Gayoung pastikan anda bersedia dan jangan lepaskan peluang ini!


Comments


bottom of page