top of page

Zuana Terus Cemerlang, Bosswan Raih Anugerah Gempak Star On Fire di Raise The Star MY Minggu Kedua

  • Writer: Nurul Safiah
    Nurul Safiah
  • 9 hours ago
  • 1 min read

Pentas Raise The Star Malaysia Minggu Kedua menyaksikan persaingan semakin sengit apabila Zuana menduduki kedudukan teratas dengan jumlah keseluruhan markah 70.85%, menjadikan beliau sebagai bintang paling menyerlah setakat ini.

 

Mengikut rapat di tempat kedua ialah Didie Shazry (68.35%) dan Hariz Fayahet (67.70%), manakala Pasya (64.98%) dan Max Brandon (62.69%) masing-masing menduduki tempat keempat dan kelima.

 

Lima peserta teratas ini secara automatik melayakkan diri ke minggu seterusnya berdasarkan undian penonton dan penilaian juri profesional.

 

Namun, empat peserta di kedudukan terakhir Syaf Kahar, Erika Foo, Nishman dan Bosswan terpaksa akur dengan penyingkiran setelah memperoleh markah terendah.

 

Minggu ini juga menyaksikan tema “Who Am I” diangkat sebagai cabaran persembahan, di mana para peserta diberi ruang untuk menyampaikan identiti dan perjalanan seni mereka secara jujur dan emosional.

 

Menariknya, Bosswan, meskipun berada di kedudukan paling rendah (29.07%), berjaya menawan hati penonton menerusi karisma dan semangat yang ditampilkan di atas pentas, sekali gus menerima Anugerah Gempak Star On Fire dalam persembahan minggu ini.

 

Saksikan aksi seterusnya dalam Raise The Star Malaysia setiap minggu di Astro Ria serta secara digital melalui On Demand, Astro GO dan sooka. Nantikan!


Comments


bottom of page