top of page

Yuna Ukir Sejarah, Artis Malaysia Pertama Cecah 100 Juta Strim untuk Beberapa Lagu di Spotify!

  • Writer: Ain Najihah
    Ain Najihah
  • 10 hours ago
  • 1 min read

Penyanyi dan penulis lagu bertaraf antarabangsa, Yuna, sekali lagi membanggakan negara apabila mencatat pencapaian luar biasa di platform penstriman digital, Spotify.


Pencapaian itu dilaporkan menerusi ciapan rasmi oleh Carta Pop Malaysia @cartapop, Yuna kini bergelar artis Malaysia pertama yang memiliki beberapa lagu dengan jumlah strim melebihi 100 juta di Spotify. 



Pencapaian ini bukan sahaja mengukuhkan kedudukannya dalam industri muzik global, malah menjadi bukti nyata bahawa bakat dari Malaysia mampu bersaing di peringkat dunia.


Yuna sebelum ini telah mencipta nama di Amerika Syarikat menerusi kolaborasi bersama artis antarabangsa seperti Usher, G-Eazy dan Tyler, The Creator.


Lagu-lagu seperti Crush dan Lullabies menjadi antara kegemaran ramai dan menyumbang kepada kejayaan ini.


Kejayaan ini sekaligus menjadikan Yuna sebagai ikon muzik tanah air yang bukan sahaja dihormati, tetapi juga memberi inspirasi kepada generasi baharu artis Malaysia untuk terus berani melangkah ke peringkat antarabangsa.


Comments


bottom of page