Yonnyboii x Malique, Kolaborasi Penuh Makna dalam "Tanya Tuhan"
- Ain Najihah
- 5 hours ago
- 1 min read

Dua nama berpengaruh dalam dunia Hip Hop Malaysia, Yonnyboii dan Malique, akhirnya bergabung dalam karya puitis dan penuh emosi berjudul “Tanya Tuhan”.
Lebih menarik lagi, lagu ini merupakan hasil ciptaan dan terbitan oleh LastKhalif yang dikenali dengan produksi berkualiti tinggi dan sentuhan emosi yang mendalam.
Karya ini diterbitkan di bawah label Def Jam Malaysia, “Tanya Tuhan” tampil dengan konsep visual yang misteri dan simbolik.
Gabungan suara dinamik Yonnyboii dan gaya penulisan lirik tajam Malique menjadikan lagu ini bukan sekadar hiburan, tetapi juga satu renungan terhadap kehidupan, kepercayaan dan makna sebenar doa yang dipanjatkan.
"Tanya Tuhan" hasil gabungan daripada dua generasi dan produksi berkualiti dari LastKhalif, dijangka akan mencipta gelombang baru dalam dunia Hip Hop tempatan.
Buat peminat Yonnyboii dan Malique anda boleh strim lagu ini di semua platform digital. "Tanya Tuhan" bakal disusuli dengan pelancaran video muzik rasmi pada 18 Julai jam 9 malam ini.
Kommentare