top of page

Yello Concert Gegarkan Damansara: T-ARA, Hyolyn & Zion.T Bersatu Pentas Buat Pertama Kali!

  • Writer: Nurul Safiah
    Nurul Safiah
  • 1 day ago
  • 1 min read

Peminat K-pop bersedia untuk malam penuh magis! Yello Concert bakal mencipta sejarah apabila tiga nama besar dari era kegemilangan Gen 2!

 

T-ARA, Hyolyn, dan Zion.T disatukan buat pertama kali di atas satu pentas dalam konsert eksklusif pada 31 Mei 2025 di IDEA Live Arena, Damansara.

 

Tiga gergasi muzik Korea ini bakal menghidupkan kembali nostalgia serta menyuntik semangat baru kepada peminat lama dan baru. Ini bukan sekadar konsert, ini adalah gabungan kuasa, emosi, dan memori dalam satu malam yang dijanjikan once-in-a-lifetime.

 


Ini adalah kali pertama T-ARA, Hyolyn, dan Zion.T bergabung tenaga untuk sebuah persembahan berskala besar di Malaysia.

 

Tiket kini dijual menerusi www.iLassoTickets.com/yelloo dan sambutan luar biasa, beberapa kategori telah pun sold out! Namun, masih ada peluang untuk memiliki tiket dalam kategori lain.

 

Dengan CAT 3 dan CAT 4 telah habis dijual, peminat dinasihatkan untuk tidak berlengah. Tiket semakin hangat, dan ruang semakin terhad!

 

Yello Concert bukan hanya sebuah pertunjukan, tetapi satu pengalaman. Ayuh, jadikan malam 31 Mei ini sebagai detik paling gemilang dalam kalendar K-pop anda tahun ini.

 


Comments


bottom of page