Yassin Dijangka Sertai Semula Senario Dalam Teater Muzikal
- kaypohmedia
- May 19
- 1 min read

Pelawak Yassin dijangka bakal tampil bersama anggota kumpulan Senario dalam pementasan teater Muzikal Lawak Bangsawan: Mimpi Tuanku yang akan berlangsung pada 28 Jun ini di Panggung Bangsawan, Melaka.
Menurut Saiful Apek, maklumat tersebut dimaklumkan oleh isteri Yassin sendiri. Walaupun belum ada kepastian penuh, berita ini sudah cukup menggembirakan ahli-ahli Senario yang sudah lebih enam bulan tidak bertemu Yassin.

“Setakat ini kami belum berjumpa Yassin. Kita beri ruang dan peluang untuk dia berehat. Isterinya hanya maklumkan dia dalam keadaan sihat,” kata Azlee, salah seorang anggota Senario.
Tambahnya lagi, mereka berharap dapat duduk semeja dan berpelukan seperti dahulu.
Sebelum ini, media melaporkan seorang pelawak ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz, Jeddah pada Oktober lalu kerana memiliki ganja. Dia dihukum penjara selama enam bulan dan dijangka dibebaskan lebih awal atas kelakuan baik.

Pementasan teater Mimpi Tuanku bakal menjadi detik istimewa jika benar Yassin akan kembali bersama Senario setelah sekian lama menyepi.
Comments