top of page

WINNER Kembali Gegarkan Kuala Lumpur November Ini Menerusi Konsert “OUR MOMENT”

  • Writer: Nurul Safiah
    Nurul Safiah
  • 15 hours ago
  • 1 min read

Kumpulan K-pop popular di bawah naungan YG Entertainment, WINNER, bakal kembali ke Malaysia menerusi siri jelajah Asia “OUR MOMENT”

 

Kumpulan hits ini akan akan singgah di Kuala Lumpur sebagai lokasi terakhir dalam jelajah Asia pada kali ini iaitu pada 1 November 2025!

 

Pengumuman rasmi ini telah mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat setia WINNER, yang telah lama menantikan kehadiran idola mereka.

 

Malaysia merupakan destinasi terakhir dalam rangka WINNER 2025 Asia Concert Tour, yang turut meliputi Macau (23 Ogos), Bangkok (30 Ogos), Taipei (6 September), Jakarta (20 September) dan Hong Kong (3 Oktober).

 

Konsert ini dijangka membawakan pengalaman muzik yang lebih peribadi dan emosional, selari dengan tema “OUR MOMENT” yang menekankan hubungan erat antara WINNER dan peminat mereka.

 

Maklumat lanjut mengenai lokasi konsert, jualan tiket dan harga akan diumumkan tidak lama lagi menerusi penganjur rasmi, CQ Entertainment.

 

Dengan barisan lagu hits, konsert ini dijangka akan menjadi salah satu acara muzik K-pop terbesar di Malaysia tahun ini.



Comments


bottom of page