top of page

Wednesday Musim Kedua Bakal Tayang Ogos Ini, Trailer Cecah 2.7 Juta Tontonan Dalam 14 Jam

  • Writer: Nurul Safiah
    Nurul Safiah
  • Jul 10
  • 1 min read
ree

Selepas kejayaan luar biasa musim pertamanya, Wednesday kembali menghantui skrin dengan musim kedua yang bakal ditayangkan eksklusif di Netflix dalam dua bahagian. Bahagian 1 bermula 6 Ogos manakala Bahagian 2 menyusul pada 3 September 2025.

 

Trailer rasmi yang dimuat naik ke saluran YouTube rasmi Netflix 14 jam lalu kini telah mencatatkan lebih 2.7 juta tontonan, sekali gus mengukuhkan lagi status siri ini sebagai salah satu fenomena masa kini.

 

ree

Musim terbaru siri ini menyaksikan Wednesday Addams kembali ke Nevermore Academy dengan cabaran yang lebih gelap termasuk seorang pengetua baharu, stalker misteri di kampus, dan kuasa psikik yang semakin tidak stabil.

 

Dengan gaya naratif yang gelap, sinis dan penuh misteri, musim ini dijangka memberikan dimensi baharu kepada watak ikonik ini.


ree

 

Wednesday, yang dibintangi oleh Jenna Ortega, telah mencipta kegilaan tersendiri sejak musim pertama dengan gaya gothik yang memikat, plot yang penuh teka-teki dan koreografi tarian ikonik yang tular di media sosial.

 

Untuk peminat setia siri ini, penantian hampir berakhir. Saksikan musim kedua Wednesday hanya di Netflix, bermula Ogos ini.



Comments


bottom of page