top of page

“We Did It!” – Sofyank Akhirnya Bergandingan dengan Tom Cruise di Jepun

  • Writer: Ain Najihah
    Ain Najihah
  • May 7
  • 1 min read


Sofyank terus membuktikan yang mimpi memang boleh menjadi kenyataan, lebih-lebih lagi apabila kita bercakap tentang kolaborasi dengan nama legenda Tom Cruise!


Baru-baru ini, pereka kandungan digital kesayangan Malaysia ini berkongsi berita gembira yang membuatkan ramai teruja. Melalui satu perkongsian di media sosial, Sofyank atau nama sebenarnya Mohamad Sofian Abdullah, memaklumkan yang dia kini berada di Tokyo, Jepun untuk satu projek penggambaran VFX (visual effects) bersama pelakon legenda Hollywood itu.



“InsyaAllah, esok kalau tiada halangan, saya akan menjalani penggambaran video VFX bersama Tom Cruise esok. Kalau tak keberatan saya nak minta semua untuk mendoakan proses shooting esok berjalan dengan lancar,” tulisnya dalam satu hantaran.


Keesokan harinya, Sofyank memuat naik satu lagi hantaran ringkas tetapi cukup bermakna. 



“Alhamdulillah, we did it,” katanya dalam satu hantaran di X.


Walaupun hanya ucapan yang ringkas, ramai tahu betapa besarnya makna di sebalik kejayaan itu. Netizen pantas membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah dan rasa bangga terhadap pencapaian anak muda ini.


Sofyank bukanlah nama asing dalam dunia kandungan digital. Sebelum ini, dia pernah menghasilkan video bersama selebriti hebat seperti Will Smith, Ryan Reynolds dan Zach King. Tetapi kali ini, kolaborasi dengan Tom Cruise mungkin menjadi salah satu pencapaian paling ikonik dalam kerjayanya.


Apa pun, kejayaan ini jelas menunjukkan satu perkara iaitu kreativiti dan kerja keras memang tidak mengenal batas. Syabas, Sofyank! Kami semua tidak sabar untuk melihat hasil video ini!


Comments


bottom of page