top of page

Waris & Juzzthin Kembali Dengan MV “Botingkek 2 (Kito Pulak Monang)

  • Writer: Nurul Safiah
    Nurul Safiah
  • 8 hours ago
  • 1 min read

Selepas kejayaan fenomena Botingkek, duo rap popular tanah air Waris dan Juzzthin kini kembali dengan lagu baharu yang dinanti-nantikan, berjudul “Botingkek 2 (Kito Pulak Monang)”.

 

MV lagu ini secara rasmi telah dilancarkan di YouTube semalam melalui saluran rasmi warisn9, dan muzik video rasminya terus meraih perhatian peminat hip hop tempatan.

 

Dicipta sepenuhnya oleh Warisn9, lagu ini turut menampilkan sentuhan lirik daripada Juzzthin, dengan penghasilan muzik yang turut diterbitkan oleh Waris sendiri.


 

Lagu ini mengekalkan elemen jenaka sinis dan loghat Negeri Sembilan yang menjadi kekuatan Waris, sambil menyampaikan mesej penuh semangat dan kebanggaan terhadap budaya sendiri.

 

Peminat dapat menikmati rentak moden yang dipadu dengan elemen tradisional serta penyampaian visual yang kreatif dalam muzik videonya.

 

Jangan lupa untuk strim sekarang dan rasai semangat “Kito Pulak Monang”!


Comments


bottom of page