UNIQLO Umum Kolaborasi Eksklusif Dengan BABYMONSTER. Koleksi UT Turun Februari
- Atiqah Halim

- 13 hours ago
- 1 min read

UNIQLO baru saja buat pengumuman yang membuat peminat K-pop teruja apabila melancarkan kolaborasi terbaru bersama kumpulan sensasi BABYMONSTER. Post rasmi di Instagram jenama itu memaparkan enam ahli BABYMONSTER bergaya dengan seleksi T-shirt grafik yang akan menjadi highlight dalam koleksi UT mereka.
Kolaborasi ini menampilkan vibe kasual yang clean tetapi masih ada sentuhan youthful dan trendy mengikut identiti kumpulan tersebut. Setiap ahli memakai potongan T-shirt berbeza yang menonjolkan logo dan elemen visual BABYMONSTER. Dengan styling minimal, memang kena dengan aesthetic UNIQLO.
Menurut UNIQLO, koleksi ini akan tersedia secara online serta di beberapa stor terpilih bermula Februari. Jadi kalau korang peminat tegar BABYMONSTER atau suka simpan merch K-pop cantik, standby awal-awal sebab confirm ramai akan serbu.
Koleksi UT kali ini bukan saja untuk para peminat tetapi juga untuk sesiapa yang suka tee simple yang senang mix and match. Pastikan korang set reminder sebab benda macam ni selalu cepat sold out.



























Comments