UNIQLO Lancar Koleksi Toy Story Sempena 30 Tahun Filem Ikonik
- Atiqah Halim
- 1 day ago
- 1 min read

Kalau korang pernah menangis masa Andy tinggalkan Woody dalam Toy Story 3, this one’s for you. UNIQLO Malaysia baru je launch koleksi khas Toy Story UT sempena ulang tahun ke-30 francais animasi ikonik Disney·Pixar itu dan sejujurnya, ni bukan sekadar baju, ni nostalgia hidup semula.
Dengan tagline “Ride like the wind, Bullseye!”, koleksi ni menampilkan rekaan minimalis tapi penuh jiwa zaman kanak-kanak. Bayangkan korang pakai t-shirt dengan sketch-style Woody, Buzz Lightyear, Jessie dan geng mainan lain, semua dalam tona warna lembut, macam terus tercabut dari skrin CRT tahun 90-an. Simple, clean, tapi sarat dengan memori.
UNIQLO memang pandai main dengan emosi generasi yang membesar dengan filem ini. Koleksi Toy Story UT bukan sahaja untuk fans OG, tapi juga untuk Gen Alpha yang baru nak kenal dunia Andy dan geng dia. Sama ada korang nak throwback vibe atau cuma cari outfit chill tapi meaningful, koleksi ini memang chef’s kiss.
Jadi kalau hati korang tengah rasa sentimental, sekarang masa terbaik untuk “unlock childhood memory” korang. Koleksi Toy Story UT sudah pun available online dan juga di semua cawangan UNIQLO Malaysia. Cepat, sebelum semua orang lain sapu dulu sebab benda rare macam ni confirm tak lama atas rak.
Antara koleksi UNIQLO x Toy Story:




Comments