Ungu Raikan 29 Tahun Dalam Simfoni Cinta di KLCC Julai Ini
- Nurul Safiah
- 8 hours ago
- 1 min read

Kumpulan legenda Indonesia, Ungu bakal meraikan ulang tahun ke-29 mereka dalam sebuah konsert istimewa berjudul “29th Symphony of Ungu” yang akan berlangsung pada 12 Julai 2025 di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).
Berbeza daripada konsert-konsert sebelum ini, persembahan kali ini tampil lebih istimewa apabila Ungu akan bergandingan buat pertama kalinya dengan JP Denny Orchestra, menjanjikan pengalaman audio visual yang lebih magis dan emosional.
Lagu-lagu ikonik seperti “Demi Waktu”, “Cinta Dalam Hati” bakal dialunkan dalam iringan orkestra, membangkitkan nostalgia dalam bentuk yang belum pernah didengar sebelum ini.
Suara vokalis utama Pasha dijangka menjadi nadi utama persembahan ini, dengan lontaran emosi yang akan menyentuh setiap hati penonton.

Konsert ini menjanjikan bukan sekadar hiburan, tetapi sebuah malam yang menghidupkan kembali kenangan cinta, kehilangan dan harapan melalui muzik.
Tiket konsert boleh dibeli secara rasmi di laman www.ticket2u.com.my dan pembelian kini juga boleh dibuat menggunakan Atome!
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan satu-satunya persembahan istimewa ini. Ungu menanti anda di malam penuh simfoni cinta yang abadi!

Comments