top of page

Tzi Xuan Bawa Fanmeeting Pertama Ke KL, “Ring The Moment”

  • Writer: Tasnim Ahmad
    Tasnim Ahmad
  • 2 hours ago
  • 1 min read

Peminat Tzi Xuan, bersedia! Fanmeeting pertama Tzi Xuan di Kuala Lumpur akhirnya jadi kenyataan dan ini memang moment yang ditunggu-tunggu sejak dia mula mencuri perhatian dalam Chuang Asia 2.


Acara bertajuk “Ring The Moment” ini bakal berlangsung pada 19 April 2026, bertempat di Centre Court, Sungei Wang Plaza. Kalau ikut vibe fanmeeting dia sebelum ini di Jakarta, memang bukan sekadar jumpa dan lamba tangan je tapi penuh dengan momen eksklusif yang dekat dengan peminat.


Apa yang menarik, fanmeeting ini dijanjikan lebih intimate. Maksudnya, bukan sekadar tengok dari jauh. Peminat boleh expect persembahan khas, sesi interaktif, dan mungkin juga momen spontan yang jarang kita nampak di pentas besar. Ini jenis event yang buat peminat rasa “eh, aku betul-betul connect dengan dia.”


Untuk yang dah follow perjalanan Tzi Xuan dari awal, ini kira macam celebration kecil antara dia dan fanbase dia sendiri. Dan kalau anda baru nak kenal, ini peluang terbaik nak tengok sendiri aura dia secara live.


Dari segi harga, tiket dijual pada RM63.60 (termasuk caj platform), dan dah pun dibuka untuk pembelian online. Dengan harga macam ni untuk fanmeeting artis yang tengah naik, memang boleh kata agak berbaloi especially kalau anda jenis suka experience yang lebih personal dengan artis.


Event ini dianjurkan oleh K Verse dengan sokongan beberapa rakan kolaborasi termasuk Sungei Wang Plaza sebagai lokasi utama. Jadi, senang cerita, kalau anda memang plan nak turun KL hujung minggu tu, boleh terus singgah.

Akhir kata, sama ada anda peminat tegar atau sekadar curious nak tengok hype Tzi Xuan, “Ring The Moment” nampak macam satu event yang patut masuk dalam list hujung minggu anda.

Comments


bottom of page