TWICE Lancar MV “This Is For” Cecah 1 Juta Tontonan Dalam Sejam!
- Nurul Safiah
- 17 hours ago
- 1 min read

Kumpulan K-pop terkenal dunia, TWICE, sekali lagi mencetus fenomena apabila melancarkan video muzik (MV) terbaharu mereka bertajuk “This Is For” hari ini.
Lebih mengujakan MV ini mencatatkan lebih 1 juta tontonan hanya dalam masa sejam selepas dimuat naik di saluran rasmi YouTube JYP Entertainment.

“This Is For” menandakan kemunculan semula TWICE yang penuh gaya dan emosional, menampilkan elemen pop yang lebih matang dan mesej penghargaan mendalam kepada peminat setia mereka.
Lagu ini turut mengekalkan identiti kumpulan dari segi koreografi bertenaga, visual menawan dan kekuatan vokal kesembilan ahli.

Dikeluarkan di bawah naungan JYP Entertainment, single ini boleh didengari di semua platform penstriman digital, dan turut tersedia untuk pembelian melalui kedai rasmi TWICE.
“This Is For” bukan sekadar lagu baharu, tetapi satu dedikasi ikhlas buat peminat mereka yang sentiasa menyokong sejak debut pada 2015.
Comments