Tur SAMA SAMA Kuala Lumpur: Tulus, Kunto Aji, Dere, Sal Priadi & Idgitaf Gegarkan Idea Live Arena 5 Disember 2025
- kaypohmedia
- Sep 30
- 2 min read
Kuala Lumpur bakal menjadi saksi sebuah malam magis apabila lima nama besar muzik Nusantara Tulus, Kunto Aji, Dere, Sal Priadi dan Idgitaf hadir bersama dalam konsert kolaborasi paling epik tahun ini, iaitu Tur SAMA SAMA Kuala Lumpur 2025.

Konsert ini akan berlangsung di Idea Live Arena, Kuala Lumpur pada 5 Disember 2025, jam 7.30 malam. Malaysia menjadi destinasi pertama di luar Indonesia selepas Tur SAMA SAMA mencipta fenomena di empat kota besar Bandung, Surabaya, Yogyakarta dan Bogor.
Tulus sendiri pernah berpesan kepada peminat sewaktu konsert penutup di Bogor:
“Khabar baiknya adalah kami akan melanjutkan perjalanan. Kita bakal pergi ke Malaysia.”
Kini janji itu direalisasikan, dan peminat muzik tanah air bakal merasai sebuah pengalaman persembahan unik yang tidak pernah dilakukan lima pemuzik ini sebelum ini.
Tur SAMA SAMA bukan sekadar konsert biasa, peminat akan menikmati pelbagai format persembahan daripada solo, duet, trio hinggalah kuintet, di mana kelima-lima artis ini bukan hanya membawakan lagu hits masing-masing tetapi juga bertukar lagu dan mempersembahkan susunan muzik eksklusif yang dihasilkan khas untuk siri tur ini.
Sal Priadi turut berkongsi keterujaannya:
“Kami sangat tidak sabar untuk berkongsi persembahan dalam format kolaborasi yang tidak pernah kami lakukan di pentas selain Tur SAMA SAMA.”

Tiket rasmi mula dijual pada 29 September 2025 dengan harga bermula RM228. Terdapat 11 kategori tiket yang ditawarkan:
Tiket boleh dibeli menerusi aplikasi BBO Events dan laman rasmi samasamatur.com.
Tur SAMA SAMA Kuala Lumpur dianjurkan oleh PT Expo Indonesia Jaya (ExpoIndo), Thrive, dan Tiga Dua Satudengan sokongan strategik daripada:
Bank rasmi: myBCA
Radio rasmi: ERA, Sinar & THR Gegar
Digital rasmi: Astro Gempak
Disokong oleh: Tourism Malaysia & Cuti-Cuti Malaysia
Tur SAMA SAMA Kuala Lumpur 2025 adalah sebuah pertemuan lima suara emas Nusantara yang sukar untuk diulang. Jangan lepaskan peluang menjadi sebahagian daripada malam penuh emosi, magis dan harmoni di Idea Live Arena.









Comments