top of page

Treler Rasmi “Upin & Ipin Universe” Dilancarkan!

  • Writer: Nurul Safiah
    Nurul Safiah
  • 4 days ago
  • 1 min read

Para peminat animasi tempatan kini boleh bersorak gembira apabila treler rasmi Upin & Ipin Universe akhirnya diperkenalkan kepada umum.

 

Permainan video ini membawa siri animasi kegemaran ramai ke dimensi baharu menerusi genre open-world adventure yang sarat dengan budaya tempatan dan pengalaman imersif ala kampung halaman.

 

Upin & Ipin Universe merupakan kolaborasi antara pencipta asal siri animasi popular itu Les’ Copaque Production dan Streamline Studios, dan syarikat antarabangsa di sebalik tajuk-tajuk besar seperti Bake & Switch, Stellar Blade dan Silent Hill: Ascension.

 

Dalam permainan ini, pemain akan berpeluang mengawal watak Upin dan Ipin sambil menjelajah Kampung Durian Runtuh dan kawasan sekitarnya daripada pasar yang sibuk, sawah padi yang tenang, hinggalah detik senja bertemankan kelip-kelip dan aroma masakan kampung.

 


Permainan ini bukan sahaja menjanjikan pengalaman visual yang memukau, tetapi juga mengetengahkan nilai kekeluargaan, komuniti, dan cerita rakyat tempatan.

 

Pemain akan diajak menyelesaikan pelbagai misi yang membantu penduduk kampung, dan mendalami warisan budaya Malaysia dalam suasana permainan yang penuh warna-warni dan nostalgia.

 

Permainan ini akan dilancarkan tahun ini di beberapa platform utama termasuk PlayStation, Nintendo Switch, Steam, dan Epic Games.

 


コメント


bottom of page