top of page

Treler Rasmi Stranger Things 5 Akhirnya Dikeluarkan, Pengembaraan Baharu Bermula 26 November Ini!

  • Writer: Ain Najihah
    Ain Najihah
  • 2 days ago
  • 1 min read

Selepas penantian yang mendebarkan, akhirnya treler pertama bagi musim terakhir siri popular Stranger Things telah pun dilancarkan secara rasmi.


Pengumuman itu dilakukan menerusi akaun rasmi Stranger Things di X yang telah mencuri perhatian ramai peminat. 


Treler yang berdurasi 2 minit 36 saat itu menyajikan babak-babak penuh misteri dan emosi termasuk kemunculan watak Steve Harrington yang sedang membaiki bahagian atas sebuah kenderaan, seolah-olah memberi petunjuk kepada misi berbahaya yang bakal dihadapi. 


Menariknya, meskipun baru dimuat naik pada 16 Julai 2025, trelertersebut sudah meraih lebih 3.8 juta tontonan, menunjukkan betapa tingginya keterujaan peminat terhadap musim penutup ini.


Musim kelima ini dijangka akan membongkar segala persoalan yang belum terjawab sejak musim pertama, sekali gus memberikan penamat epik kepada kisah luar biasa di bandar Hawkins.


Ramai yang tertanya-tanya, adakah Eleven dan rakan-rakannya akan berjaya menumpaskan kuasa gelap dari The Upside Down sekali dan untuk selamanya?


Buat para peminat Stranger Things, bersedialah untuk menghadapi cabaran baharu yang menanti dalam musim kelima nanti!


Jangan lepaskan peluang untuk menonton bermula 26 November 2025, eksklusif di Netflix! 


Comments


bottom of page