top of page

Treler Rasmi Kedua Ejen Ali The Movie 2 Dilancarkan!

  • Writer: Nurul Safiah
    Nurul Safiah
  • May 2
  • 1 min read

Filem animasi tempatan yang dinanti-nantikan, Ejen Ali The Movie 2, bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 22 Mei ini! 

 

Pengumuman ini disahkan melalui pelancaran Treler Rasmi Kedua yang berlangsung hari ini, sekali gus mengukuhkan keterujaan para peminat selepas kemunculan poster utama yang tular sejak semalam.

 

Sekuel kepada kejayaan Ejen Ali The Movie (2019) ini menjanjikan pengalaman sinematik yang lebih dramatik, penuh aksi dan sarat emosi. Ejen Ali kembali dalam sebuah misi yang jauh lebih mencabar, berdepan dengan ancaman baharu yang menggegarkan kota futuristik Cyberaya.

 



Treler bermula dengan kata-kata penuh makna, “Kerja kita belum selesai…”, memperlihatkan pertembungan emosi antara Ali dan Rizwan, bekas ejen MATA yang kini muncul dengan niat yang mencurigakan.

 

Dengan sentuhan visual yang lebih canggih dan alunan lagu latar yang mendebarkan, termasuk lagu tema Hanya Kamu oleh Dato’ M. Nasir, treler ini berjaya membangkitkan semangat penonton, memberikan petanda bahawa Ejen Ali The Movie 2 bakal mencipta fenomena besar di layar perak tempatan dan antarabangsa.

“Pelancaran treler rasmi kedua ini mencetus perasaan teruja buat kami para pengkarya. Kami tidak sabar untuk membawa penonton menyelami dunia Ejen Ali dengan naratif yang lebih mendalam dan skala yang lebih epik,” ujar pengarah filem, Usamah Zaid Yasin.

 



Dihasilkan oleh Primeworks Studios dan WAU Animation dengan kerjasama Komet Productions, Ejen Ali The Movie 2 bakal membawa penonton menyaksikan konspirasi, pengkhianatan dan semangat setiakawan yang diuji hingga ke kemuncak.

 

Jumpa anda di pawagam pada 22 Mei ini!



Comments


bottom of page