top of page

Treler BLACKPINK WORLD TOUR DEADLINE Curi Perhatian Global!

  • Writer: Ain Najihah
    Ain Najihah
  • 1 day ago
  • 1 min read

Kumpulan sensasi global, BLACKPINK, sekali lagi mencetuskan keterujaan peminat di seluruh dunia dengan pengumuman rasmi jelajah dunia terbaru mereka yang dinamakan WORLD TOUR DEADLINE.


Perkara itu diumumkan melalui Youtube rasmi mereka. Treler yang dipaparkan sudah meraih lebih 900 juta tontonan dalam masa kurang dari 24 jam.


Treler pendek itu menampilkan visual yang memukau dan memberikan aura misteri sekaligus mengundang tanda tanya tentang konsep keseluruhan jelajah dunia kali ini.


Kemunculan semula kali ini memperlihatkan betapa seriusnya BLACKPINK dalam memberikan muzik bertaraf global kepada peminat setia mereka, yang dikenali sebagai Blinks.


Jelajah dunia DEADLINE ini dijangka bakal menjadi antara acara muzik paling dinanti pada tahun ini! 


Comments


bottom of page