Tom Cruise Bakal Tampil Dalam Program Jin BTS? Jin Teruja & Dedah Punca Jemputan Mengejut!
- kaypohmedia
- May 19
- 1 min read
Pelakon Hollywood terkenal, Tom Cruise, dijangka akan menjadi tetamu jemputan dalam program TV kendalian Jin dari kumpulan BTS, iaitu "Run Jin".

Jin meluahkan rasa teruja kerana wakil Tom sendiri yang menghubunginya untuk kolaborasi ini. Menurut Jin, dia melihat peluang ini sebagai satu keemasan dan tidak teragak-agak untuk menerima jemputan tersebut.

Tom Cruise bakal muncul dalam episod terbaharu "Run Jin" sempena lawatannya ke Korea Selatan bagi mempromosikan filem terbaharunya, Mission: Impossible - The Final Reckoning.
Program "Run Jin" dilancarkan selepas Jin kembali dari latihan ketenteraan pada Jun tahun lalu dan kini semakin mendapat perhatian ramai. Jin berharap kerjasama bersama Tom Cruise dapat direalisasikan dan memberikan pengalaman menarik untuk peminat kedua-dua pihak.
コメント