Tiket Dijual 10 April, Hujan Raikan 20 Tahun, Bukan Sekadar Konsert Tapi Pesta ‘Roh’ Indie
- N

- 7 minutes ago
- 2 min read
Kalau sebut Hujan 20 tahun, memang ramai terus throwback zaman MySpace, gig kecil-kecilan dan era indie yang mula “meletup” di Malaysia. Kali ini, bukan sekadar nostalgia, kugiran legenda ini bakal raikan dua dekad perjalanan mereka dengan satu konsert besar-besaran yang dijangka jadi antara highlight muzik tempatan tahun 2026.

Diberi nama HUJAN XX : #HUJAN20TAHUN, acara ini akan berlangsung pada 27 Jun 2026 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil. Tapi menariknya, ini bukan sekadar konsert biasa. Ini lebih kepada satu “perayaan scene” sesuatu yang jarang kita nampak dalam industri muzik mainstream.
Sejak muncul sekitar 2005, Hujan memang lain daripada yang lain. Waktu industri dibanjiri muzik pop dan penyanyi solo, mereka datang dengan bunyi indie rock alternatif yang masa tu dianggap “asing”. Tapi lagu macam Pagi Yang Gelap, Aku Skandal dan Bila Aku Sudah Tiada terus jadi siulan dan perlahan-lahan ubah selera pendengar Malaysia.

Dari lineup asal seperti Noh Salleh, AG Coco, Hang Dimas dan Azham Ahmad, hingga ke evolusi mereka hari ini, Hujan bukan saja kekal relevan malah jadi benchmark untuk band indie generasi baru. Setakat ini, mereka dah hasilkan 9 album dan pernah menang di Anugerah Industri Muzik (AIM), satu pencapaian yang bukan calang-calang untuk band indie.
Apa yang buat konsert ini lagi menarik? Menurut pihak penganjur, ini bukan tentang Hujan semata-mata.

Sebaliknya, HUJAN XX : #HUJAN20TAHUN adalah tentang meraikan seluruh ekosistem muzik indie, dari band yang pernah struggle tembus pasaran, sampai ke peminat setia yang digelar Raingers. Kiranya, ini macam reunion besar satu “generasi muzik”.
Dan ya, kalau korang Raingers sejati prepare diri sebab Hujan janji lebih 40 lagu akan dimainkan malam tu. Confirm penuh emosi, dari lagu galau sampai yang buat kita lompat macam zaman gig dulu.
Satu lagi benda menarik dress code! Peminat digalakkan pakai baju band atau jenama lokal. Senang cerita: ini bukan sekadar datang tengok konsert, tapi celebrate budaya muzik tempatan sekali.

Tiket pula akan mula dijual pada 10 April 2026, jam 3 petang, dengan harga bermula dari RM158 hingga RM268. Dengan hype macam ni, memang besar kemungkinan cepat sold out.
Akhir kata, kalau korang pernah membesar dengan lagu Hujan ini bukan sekadar konsert. Ini moment untuk reconnect dengan memori, kawan lama, dan mungkin versi diri kita yang dulu.



Comments