Shukri Yahaya, Siti Hariesa dan Amerul Affendi Lancar Bru Coffee Shop di Bangsar Hari Ini!
- Nurul Safiah
- May 5
- 1 min read

Bangsar kini bakal menjadi lebih “brew-tiful” dengan pembukaan sebuah kedai kopi unik, Bru Coffee Shop, hasil kolaborasi tiga pelakon terkenal tanah air iaitu Shukri Yahaya, Siti Hariesa dan Amerul Affendi!
Dalam kesibukan mempromosikan projek terbaharu mereka, trio ini dilihat serius menceburi dunia perniagaan apabila melancarkan soft launch kedai kopi mereka hari ini di APW Bangsar.
Kehadiran mereka di majlis ‘Meet & Greet’ sempena pelancaran turut mencuri tumpuan peminat dan pencinta kopi.
Mereka bukan sekadar ingin menjual kopi namun ingin cipta ruang untuk orang datang berehat, menulis, berfikir, lepas penat kerja dan menjadi ‘escape’ kecil dari hiruk-pikuk bandar.
Walaupun ramai tertanya-tanya sama ada mereka mampu membahagikan masa antara karier seni dan dunia F&B, namun komitmen yang ditunjukkan setakat ini membuktikan mereka serius.
Majlis yang bermula jam 8 malam itu turut dihadiri pengarah dan barisan peminat setia, memberi sokongan kepada usaha baharu tiga figura seni ini.
Bagi yang ingin menyaksikan sisi lain Shukri, Siti dan Amerul dalam suasana lebih santai dan mesra, Bru Coffee Shop mungkin destinasi kopi baharu yang wajib dikunjungi!
Comments