The Conjuring: Last Rites, Saga The Conjuring Yang Terakhir
- Atiqah Halim
- 7 hours ago
- 2 min read

Saga The Conjuring akhirnya sampai ke penghujung. The Conjuring: Last Rites menutup kisah pasangan penyiasat paranormal Ed dan Lorraine Warren yang dah menghantui pawagam lebih sedekad. Filem ini digelar “the final chapter” oleh Warner Bros dan sejujurnya, ramai peminat seram worldwide tengah emo.
Dalam filem terakhir ni, pasangan Warren kononnya berdepan kes paling berat dalam karjaya mereka, dan pengarah Michael Chaves janji nak berikan penutup yang “menakutkan tapi spiritual”. Tapi reaksi peminat berbelah bahagi. Ada yang puas, ada yang rasa ia sekadar bermain selamat.

Namun dari segi komersial, The Conjuring universe tetap monster. Francais ini dah kumpul lebih USD 2 bilion, menjadikannya francais seram paling berjaya sepanjang zaman. Setiap kali keluar sequel atau spin-off, pasti ada sambutan luar biasa dan Malaysia bukan pengecualian.
Untuk pengetahuan, The Nun II dulu berjaya kutip lebih RM7 juta di Malaysia yang merupakan angka luar biasa untuk genre seram import. Malah, Malaysia selalu menjadi antara pasaran Asia Tenggara paling kuat untuk genre horror Hollywood. Sebab apa? Sebab kita memang suka seram, tapi dengan nilai agama dan moral di hujung cerita.

Kalau banding dengan seram tempatan, Munafik dan Roh buktikan filem seram Malaysia pun boleh setanding. Tapi vibe dia sedikit lain, The Conjuring lebih sinematik dan berskala besar, sementara seram tempatan lebih dekat dengan realiti masyarakat. Dua-dua laku, cuma segmen penonton berbeza.
Menariknya, sejak kebelakangan ni, ramai penonton muda Malaysia kata mereka lebih suka “seram lokal” sebab rasa lebih relatable. Tapi bila The Conjuring: Last Rites muncul kat platform digital nanti, jangan terkejut kalau ia tetap trending kat Netflix Malaysia.
Kalau ini betul-betul filem terakhir Ed & Lorraine, maka satu era seram global pun tamat. Tapi kat Malaysia, genre ni takkan mati, sebab setiap minggu, mesti ada je “seram baru” naik TikTok. Kalau Hollywood nak rehat, kita pun boleh takeover.
Comments