top of page

“The A.I.S.H.A Experience”: Aisha Retno Janji Malam Epic Buat Peminat

  • Writer: Atiqah Halim
    Atiqah Halim
  • 7 hours ago
  • 1 min read

Detik yang dinanti makin hampir. Aisha Retno kini bersedia melangkah ke satu lagi fasa penting dalam kerjayanya dengan penganjuran showcase berskala besar, The A.I.S.H.A Experience yang bakal berlangsung Sabtu, 20 September 2025, jam 8.30 malam di Jio Space, Petaling Jaya.


Tak cukup dengan persembahan solo, showcase ini akan lebih meriah dengan kehadiran artis undangan iaitu Aizat Amdan dan Megat Fazly, selain dua lagi nama yang masih dirahsiakan sebagai kejutan buat penonton.


Bagi mengangkat tema Rehabilitasi, Aisha janji untuk bawakan satu malam penuh emosi dan semangat baharu. Lebih 20 buah lagu akan dipersembahkan, termasuk karya terbarunya serta lagu kegemaran peminat yang dah lama follow perjalanan seninya. “Kita tak tahu apa yang jadi hari ini atau esok. Jadi marilah kita raikan setiap detik, kejar cita-cita dengan sepenuh kudrat,” kongsi Aisha, yang semakin teruja menghitung hari menjelang showcase itu.


Tunggu apa lagi, tiket The A.I.S.H.A Experience dah mula dijual sekarang di lolasia.bigtix.io. Secure tempat korang sekarang sebelum sold out!



Comments


bottom of page