“Telaga Suriram” Filem Seram Sarat Unsur Mistik & Kepercayaan Lama
- Nurul Safiah
- 14 minutes ago
- 1 min read

“Telaga Suriram” bakal menghantui layar perak mulai 1 Mei 2025 dengan kisah penuh misteri, mistik dan kepercayaan tradisi yang masih terbelenggu dalam masyarakat.
Sebuah kisah kehilangan misteri yang mengundang pelbagai spekulasi penduduk kampung menjadi inspirasi kepada filem terbaharu arahan pengarah prolifik, Osman Ali.
Diterbitkan oleh Odissi Creative Sdn. Bhd. bersama Nuansa Films, Telaga Suriram menampilkan barisan pelakon hebat seperti Maya Karin, Scha Alyahya, Farid Kamil, Ellie Suriaty, dan pelakon cilik Puteri Rafasya.

Filem ini mengangkat kisah seorang kanak-kanak, Suriram, yang hilang secara misteri di sebuah kampung terpencil dengan telaga lama menjadi titik utama misteri itu.
“Terdapat cerita atau mitos rakyat dahulu yang mengaitkan tentang kepercayaan telaga-telaga lama yang dipercayai berhantu dan mengambil nyawa manusia.
“Jadi, kami rasa adalah sangat menarik untuk menghasilkan sebuah naskhah yang menggabungkan elemen mistik yang penuh dramatik dengan kepercayaan lama yang diwarisi turun-temurun,” kata Osman Ali.

Filem ini juga melalui proses produksi yang teliti selama tiga tahun, termasuk penggambaran selama 45 hari di lokasi yang kaya dengan aura mistik seperti di Perlis, Kedah dan Perak.
Telaga Suriram bukan sekadar filem seram, ia adalah refleksi terhadap kepercayaan yang masih menghantui masyarakat moden.
Jangan ketinggalan menonton di pawagam mulai 1 Mei 2025!

Comments