top of page

"Teater Persiapan Seorang Aktor": Naskhah Penuh Obsesi, Cinta dan Realiti Dunia Lakonan

  • Writer: Ain Najihah
    Ain Najihah
  • Jun 18
  • 1 min read

Sebuah persembahan istimewa bakal menggegarkan pentas teater tempatan apabila Mask Team dengan bangganya mempersembahkan Teater Persiapan Seorang Aktor


Teater ini bukan sekadar sebuah persembahan pentas biasa tetapi ia adalah kisah jiwa, perjuangan dan cinta yang dibalut dalam seni lakonan yang jujur dan mengesankan.

Teater Persiapan Seorang Aktor akan menemui anda pada 17 sehingga 20 Julai 2025 di Nero Event Space, PJPAC. 


Teater ini yang meraih penghargaan 20th BOH Cameronian Arts Award untuk Best Original Script serta diumumkan sebagai The Best of 2024, Teater Persiapan Seorang Aktor ini menjanjikan satu pengalaman emosi yang mendalam buat para penonton.


Teater Persiapan Seorang Aktor mengisahkan tentang Sadiq, seorang pelakon lelaki yang bertekad untuk menjadi legenda lakonan bukan sahaja di Malaysia, malah di persada dunia.


Namun obsesinya terhadap seni lakon, membuatkan dia terperangkap dalam dunia pencarian kesempurnaan. Apa yang dahulu menjadi semangat kini bertukar menjadi tekanan, kekecewaan dan kemurungan yang mencengkam.


Kisah ini bukan sahaja menyentuh tentang dunia teater, tetapi turut menyelami konflik dalaman, ketegangan emosi dan harga sebuah impian. Teater ini turut mengangkat karya agung Hamlet oleh Shakespeare sebagai simbol agung yang menjadi idaman setiap pelakon.


Di sebalik tabir, naskhah ini diterbitkan oleh Juan Ab Aziz, diarahkan secara eksklusif oleh Syahrul Musa, dan ditulis oleh penulis berbakat, Saat Omar.


Barisan pelakon yang tidak asing lagi dalam dunia seni turut membawakan karakter penuh jiwa iaitu Nam Ron, Aloy Paradoks dan Fazleena Hishamuddin. 



Bagi mereka yang berminat untuk menonton teater ini, anda boleh layari laman web onetix.com.my untuk pembelian tiket. Jangan lepaskan peluang anda untuk menyaksikan teater yang penuh emosi ini!



Comments


bottom of page