Taylor Swift Cipta Sejarah di Spotify, Tiga Album Cecah 10 Bilion Strim!
- Ain Najihah
- 9 hours ago
- 1 min read

Penyanyi sensasi antarabangsa, Taylor Swift sekali lagi mengukir sejarah dalam industri muzik global. Beliau kini secara rasmi menjadi artis wanita pertama dalam sejarah Spotify yang mempunyai tiga album melebihi 10 bilion strim!
Album-album yang mencatat kejayaan luar biasa ini ialah:
Lover
Midnights
folklore
Kejayaan ini membuktikan bukan sahaja kehebatan Taylor Swift sebagai seorang penyanyi dan penulis lagu, malah pengaruh besarnya dalam era penstriman digital.
Taylor Swift dikenali dengan gaya penulisan yang puitis dan suara yang memukau terus mencipta fenomena global.
Pencapaian ini bukan sahaja mengukir sejarah, malah menjadikan Taylor Swift sumber inspirasi kepada jutaan pemuzik muda dan membuktikan bahawa keaslian serta dedikasi mampu membuka jalan ke puncak dunia.
Comments