top of page

TARUNG: Unforgiven Raih RM10.5 Juta, Penonton Kata Aksi Memang ‘Padu’

  • kaypohmedia
  • 10 hours ago
  • 3 min read

Filem aksi tempatan TARUNG: Unforgiven nampaknya bukan sekadar hangat di media sosial, malah terus ‘mengganas’ di pawagam apabila berjaya meraih kutipan RM10.5 juta sejak mula ditayangkan pada 7 Mei lalu. Lebih menarik, filem ini turut berada di tangga pertama carta Top 10 Movie GSC, sekali gus membuktikan penonton Malaysia memang masih dahagakan filem aksi tempatan yang berkualiti.

Apa yang buat ramai bercakap tentang TARUNG: Unforgiven bukan sekadar babak lawan yang intense, tapi juga jalan cerita yang penuh emosi dan dekat dengan realiti hidup. Ramai penonton di TikTok dan media sosial berkongsi reaksi puas hati selepas menonton, siap ada yang kata koreografi pertarungan dalam filem ini antara yang paling realistik pernah dihasilkan dalam filem Melayu moden.

Menariknya, siri jelajah filem ini di sekitar Klang Valley minggu lalu turut mendapat sambutan luar biasa. Setiap lokasi dipenuhi peminat yang datang untuk bertemu barisan pelakon dan produksi. Memang nampak jelas hype filem ini makin besar dari hari ke hari.

Pengarah merangkap penerbit eksekutif, Razaisyam Rashid mengakui beliau terharu melihat sokongan penonton terhadap filem arahannya itu. Menurutnya, sambutan yang diterima sejak hari pertama tayangan memberi semangat besar buat seluruh pasukan produksi untuk terus menghasilkan filem aksi tempatan yang lebih berani dan berkualiti.

Sementara itu, pelakon utama dan penerbit eksekutif Aedy Ashraf pula menyifatkan kejayaan ini sebagai hasil pengorbanan besar seluruh pasukan produksi. Katanya, melihat reaksi penonton di pawagam serta video-video TikTok yang tular menjadi kepuasan terbesar buat mereka.

Selain Aedy Ashraf, filem arahan Razaisyam Rashid ini turut dibintangi nama besar seperti Bront Palarae, Zul Ariffin, Mierul Aiman, Amir Ahnaf, Azira Shafinaz dan Sharifah Sakinah. Kehadiran petarung sebenar seperti Jai JMT dan Ijam Asri juga memberi aura lebih autentik kepada babak pertarungan dalam filem ini.

Dalam lambakan filem antarabangsa di pawagam sekarang, kejayaan TARUNG: Unforgiven boleh dianggap satu pencapaian besar untuk industri filem tempatan. Nampaknya penonton Malaysia memang semakin terbuka untuk menyokong karya aksi lokal kalau jalan cerita dan produksinya benar-benar menjadi.

Bagi yang belum menonton, filem ini masih ditayangkan di pawagam seluruh negara. Kalau anda jenis suka filem aksi yang bukan sekadar gaduh semata-mata tetapi ada emosi dan visual sinematik, mungkin ini antara filem tempatan yang patut masuk watchlist hujung minggu ini.

Comments

bottom of page