top of page

TAPAUfest 2025 Kembali Gegar Lenggong, 4 Negara 1 Pentas

  • Writer: Nurul Safiah
    Nurul Safiah
  • 4 hours ago
  • 1 min read
sumber: alanzafri
sumber: alanzafri

Festival muzik alternatif paling dinanti, TAPAUfest, kembali dengan edisi ketujuh yang lebih epik dan berwarna-warni! 


Festival muzik bebas paling ikonik rantau ini, TAPAUfest, bakal kembali menyemarakkan suasana Resort Tasik Raban, Lenggong, Perak pada 23 dan 24 Ogos 2025!


Barisan 12 persembahan utama bakal menghimpunkan barisan pemuzik dari empat negara ASEAN! 


sumber: artherockshow


Dari Malaysia, peminat bakal disajikan dengan aksi hebat dari Couple, FUGO, Insomniacks, Raksar, Seru x Wani Ardy dan Okirama. Dari Indonesia pula, antara nama besar yang hadir termasuk Sal Priadi, Skandal, Perunggu dan White Chorus. Sementara Cactus Cactus dari Singapura dan Kiki dari Thailand turut menyuntik rasa pelbagai budaya & genre muzik di pentas TAPAUfest.


Lebih daripada sekadar muzik, TAPAUfest tahun ini mengekalkan keunikan melalui elemen khas seperti sesi perkongsian dan bengkel kreatif, tayangan filem pendek dan dokumentari indie, pasar seni, serta pesta makan seharian yang meraikan rasa Asia Tenggara.


sumber: artherockshow


Tiket awal akan mula dijual pada Jumaat, 27 Jun 2025. Untuk pembelian dan maklumat lanjut, layari www.tapaufest.asia.


Lenggong bakal menjadi panggung serumpun yang menyatukan bunyi, budaya dan semangat alternatif. 


Jangan lepaskan peluang untuk jadi sebahagian daripada festival yang bukan sahaja meraikan muzik, tetapi juga kreativiti dan persaudaraan ASEAN!


sumber: ipohsocialclub
sumber: ipohsocialclub

Comments


bottom of page