“Tanda Kasih Jadi Nafas Baharu Filem Aksi Penghukum Nusantara Assassin
- Atiqah Halim

- 8 hours ago
- 2 min read

Lagu “Tanda Kasih” baru sahaja rilis dan sejujurnya vibe dia memang mengancam. Kolaborasi antara Dr Haji Halim Ikhsan dan Kmy Kmo ni bukan sekadar OST untuk filem aksi Penghukum Nusantara Assassin tapi satu pengalaman rohani yang deep sampai buat kita sendiri pause dan fikir balik tentang hidup.
Lagu Yang Bermula Dari Luka Tapi Jadi Cahaya
Dicipta oleh duo padu Kmy Kmo dan Luca Sickta dengan lirik oleh Kmy Kmo dan Dr Haji Halim Ikhsan, lagu ni terhasil daripada perjalanan jiwa seorang insan yang dah penat diuji tapi masih mencari ketenangan. Antara bait paling melekat
“Lekak lekuk kusut murut yang hanya singgah tuk sementara tanda kasihNya”
Ringkas tapi padu. Macam peringatan lembut bahawa setiap perit yang datang tu bukan balasan tapi kasih Tuhan yang nak tarik kita balik padaNya.

Filem Penghukum Nusantara Assassin yang keluar 20 November 2025 mengisahkan Dzul seorang datuk yang membesarkan cucunya Yasmin sebelum tragedi penculikan mengubah hidupnya. Tanpa disangka Dzul sebenarnya Salahuddin, bekas pembunuh upahan dari organisasi Bookmaker di bawah Pustakalayah.
Tema dendam taubat dan pencarian diri dalam filem ni selari dengan mesej “Tanda Kasih”. Lagu ni jadi suara jiwa watak utama yang berjalan dari gelap masa silam menuju cahaya redha dan keinsafan. Vibe dia sangat kena sampai boleh rasa perjalanan batin tu walaupun baru sekali dengar.
Gabungan Suara Spiritual Dan Realiti Moden
Nyanyian Dr Haji Halim Ikhsan memang ada aura tenang yang menyejukkan manakala suara dan rap Kmy Kmo pula bawa dimensi moden tentang struggle manusia hari ini. Hasilnya, satu karya spiritual yang real, grounded dan tak dibuat buat. Bukan sekadar lagu dakwah tapi refleksi raw tentang manusia yang kadang leka kadang hilang arah tapi tetap dicintai Tuhan.
Dr Haji Halim Ikhsan dan Kmy Kmo meluahkan rasa terima kasih kepada semua pendengar sambil titipkan pesanan
“Jika Allah masih memberi rasa untuk kembali kepadaNya itulah tanda kasih sebenar.”
Terus menusuk ke hati.
Luncai Emas bertindak sebagai pengedar digital rasmi dan pentadbir hak cipta untuk OST ini manakala Kmy Kmo Luca Sickta dan Dr Haji Halim Ikhsan ialah komposer serta penulis lirik eksklusif di bawah Luncai Emas Sdn Bhd.
“Tanda Kasih” disiarkan di Youtube Luncai Emas bermula jam 9 malam 7 November 2025 dan kini sudah ada untuk distrim di semua platform digital.
“Tanda Kasih” mungkin hanya OST tapi impak dia lebih besar daripada sekadar lagu dalam filem. Ini karya yang buat penonton faham sisi lain seorang pembunuh upahan yang sedang mencari makna kasih Tuhan dan mungkin juga buat kita tanya diri sendiri di mana kita sebenarnya berdiri.









Comments