top of page

Taeyang BIGBANG Umum Album Solo Baharu Mei Ini

  • Writer: Tasnim Ahmad
    Tasnim Ahmad
  • 9 hours ago
  • 1 min read

Peminat K-pop, bersedia! Taeyang BIGBANG bakal kembali dengan album solo baharu pada 18 Mei ini. Selepas beberapa tahun “senyap”, kemunculan kali ini memang buat ramai tak sabar nak dengar arah muzik terbaru daripada salah seorang vokalis paling ikonik dalam industri.

Album berjudul “Quintessence” ini merupakan album penuh keempat Taeyang sebagai artis solo. Kali terakhir dia muncul dengan projek solo adalah menerusi EP “Down to Earth” pada tahun 2023. Kalau nak kira album studio penuh pula, yang terakhir adalah “White Night” pada 2017. Lama juga peminat tunggu comeback yang betul-betul ‘besar’.


Setakat ini, butiran lanjut tentang lagu atau konsep album masih dirahsiakan. Tapi menurut agensinya, The Black Label, “Quintessence” akan tonjolkan sisi Taeyang sebagai artis solo serba boleh dengan dunia muzik yang lebih segar. Maksudnya? Mungkin kita akan dengar vibe baru, atau mungkin evolusi daripada style R&B dia yang kita kenal selama ini.


Untuk yang follow perjalanan dia dari dulu, Taeyang bukan nama kecil. Sejak debut bersama BIGBANG pada tahun 2006, dia dah jadi antara figura penting dalam gelombang K-pop global. Tahun ini pula cukup bermakna sebab dia meraikan ulang tahun ke-20 dalam industri, legend status, no debate.


Menariknya, Taeyang dan BIGBANG baru sahaja buat penampilan di Coachella Valley Music and Arts Festival pada 12 dan 19 April lepas. Bukan setakat perform, mereka juga tease tentang perancangan album baharu dan jelajah dunia. Jadi, 2026 mungkin tahun ‘comeback besar’ untuk mereka.


Buat peminat Malaysia, ini memang timing terbaik untuk kembali masuk playlist Taeyang. Sama ada anda team lama atau baru nak kenal, “Quintessence” mungkin jadi antara release K-pop yang wajib dengar bulan Mei nanti.

Comments


bottom of page