Syed Saddiq Derma RM100,000 Bayaran Duta Wangian kepada Rakyat Muar!
- Nurul Safiah
- 5 hours ago
- 1 min read

Penyanyi dan pelakon popular, Bella Astillah mendedahkan bahawa Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah menyumbangkan bayaran sebanyak RM100,000 yang diterima daripada kerjasama sebagai duta jenama minyak wangi tempatan, Dolcea, kepada penduduk di Muar.
Perkara itu dikongsi Bella atau nama penuhnya Dayang Nabellah Awang Astillah menerusi satu hantaran di Instagram yang memaparkan gambar beliau bersama Syed Saddiq sempena promosi wangian tersebut.
Apa yang mencuri perhatian ramai ialah kapsyen yang dimuat naik oleh Bella, yang turut menyelitkan nota khas memuji keprihatinan Syed Saddiq terhadap rakyat.
“From Parliament to perfume, now we’re making scents together. Syed Saddiq menyumbangkan kesemua RM100,000 diterima sebagai duta kepada rakyat Muar,” tulis Bella dalam hantaran tersebut.

Tindakan bekas Menteri Belia dan Sukan itu menerima pujian meluas daripada warganet yang rata-ratanya menghargai keprihatinan beliau terhadap masyarakat di kawasannya.
Menjengah ke ruangan komen, ramai pengguna media sosial meluahkan rasa bangga serta menyifatkan penduduk Muar bertuah mempunyai wakil rakyat yang cakna dan mengutamakan kebajikan rakyat.
Kerjasama unik antara tokoh politik dan selebriti ini juga menjadi perhatian netizen yang kagum dengan gabungan dua figura berpengaruh dalam mempromosikan jenama tempatan sambil mengangkat nilai kebajikan.

Commentaires