top of page

Syed Saddiq & Bella Astillah Jadi “Pengurus Kedai Sehari” Auntea Jenny, Peminat Pun Excited

  • Writer: N
    N
  • 5 hours ago
  • 1 min read

Suasana di majlis Auntea Jenny jadi lebih meriah apabila Syed Saddiq dan Bella Astillah tampil mencuri perhatian sebagai “pengurus kedai sehari” jenama minuman popular itu.

Acara yang berlangsung di Kuala Lumpur itu bukan sekadar pelancaran pensijilan Halal untuk 12 cawangan Auntea Jenny di Malaysia, tetapi turut jadi momen santai yang buat ramai pengunjung teruja melihat dua figura terkenal ini melayan pelanggan secara langsung.


Di media sosial pun ramai yang mula berkongsi video dan gambar sepanjang acara berlangsung. Ada yang terhibur melihat Syed Saddiq cuba menyediakan minuman, manakala Bella Astillah pula nampak selesa melayan peminat yang hadir. Memang vibes macam event lifestyle dan hiburan sekali.

Dalam masa sama, Auntea Jenny turut mengumumkan bahawa mereka kini mempunyai hampir 50 cawangan di Malaysia dan menyasarkan lebih 100 cawangan menjelang penghujung tahun 2026. Pensijilan Halal yang diterima pula dilihat sebagai langkah penting untuk mengukuhkan lagi keyakinan pelanggan tempatan.


Selain itu, jenama tersebut turut menerima pengiktirafan daripada ASEAN Records dan ASIA Records menerusi jualan minuman Mango Pomelo Sago yang mencecah lebih 85 juta cawan sepanjang tahun 2025.

Kalau anda peminat bubble tea, ini mungkin berita yang menggembirakan sebab Auntea Jenny juga melancarkan aplikasi rasmi mereka di Malaysia. Sempena pelancaran tersebut, sebanyak 30,000 cawan minuman percuma akan diberikan dari 13 hingga 15 Mei 2026 sementara stok masih ada.

Apa yang pasti, gabungan selebriti, bubble tea dan suasana santai macam ini memang cepat jadi topik hangat netizen Malaysia. Lagi-lagi bila dapat tengok sisi “lain” Syed Saddiq dan Bella Astillah depan kaunter air.

Comments

Couldn’t Load Comments
It looks like there was a technical problem. Try reconnecting or refreshing the page.
bottom of page