top of page

‘Sumpah Ibuku’: Dilema Remy Ishak Terperangkap Antara Kasih Ibu dan Isteri

  • Writer: N
    N
  • 3 hours ago
  • 2 min read

Bila kasih sayang dicemari dendam, tiada siapa mampu melarikan diri daripada badai yang melanda. Begitulah premis drama terbaharu slot Akasia TV3, Sumpah Ibuku, yang mengupas sisi gelap sebuah keluarga apabila rahsia lama mula terbongkar satu persatu.

ree

Drama yang bakal menemui penonton mulai 19 November 2025, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam, ini menjanjikan perjalanan emosi yang penuh konflik, air mata, dan pengkhianatan. Sebagai bonus, penonton boleh menikmati episod baharu 24 jam lebih awal secara percuma di iQIYI menerusi laman web atau aplikasi iQIYI.


“Sumpah Ibuku” dibarisi pelakon hebat tanah air termasuk:

  • Izara Aishah sebagai Husna

  • Datuk Remy Ishak sebagai Hadith

  • Liza Abdullah sebagai Che Yam

  • Zara Zya sebagai Syafiqah

  • Syad Mutalib

  • Syazwan Zulkifly

Mengangkat genre drama kekeluargaan, setiap watak dihidupkan dengan penuh intensiti, menggambarkan betapa rapuhnya kepercayaan bila diuji fitnah dan manipulasi.


Kisah bermula dengan Husna (Izara Aishah), seorang ibu tunggal yang tabah dan penyayang. Dia akhirnya bertemu kembali dengan cinta lamanya, Hadith (Datuk Remy Ishak), lalu mereka membina semula bahagia yang pernah hilang.

ree

Namun, kebahagiaan itu tidak disenangi Che Yam (Liza Abdullah), ibu mentua yang licik, penuh dendam, dan menyimpan rahsia lama yang menghitamkan hatinya. Bagi memisahkan pasangan itu, Che Yam berpakat dengan Syafiqah (Zara Zya) untuk meruntuhkan perkahwinan mereka dari dalam.


Fitnah demi fitnah membuatkan Hadith mula goyah, hingga akhirnya Husna diusir dari rumah. Walaupun dikhianati, Husna tetap menjaga bapa mentuanya yang lumpuh, membuktikan kesetiaan dan kasihnya tidak mudah digoncang.


Dalam kepulangannya ke kampung, Husna bertemu Nurul Iman (Syad Mutalib), yang membantunya merungkai kejahatan Che Yam dan Syafiqah. Perlahan-lahan, kebenaran terbongkar mengubah landskap hidup semua yang terlibat.

ree

Izara Aishah berkata,

“Sumpah Ibuku ialah cerminan realiti yang ramai dalam masyarakat terpaksa tempuhi dan saya yakin ramai boleh relate. Watak saya sebagai Husna, seorang kakak sulung yang melalui pelbagai cabaran, membentuk dirinya menjadi lebih tegas, kuat dan matang. Bagi saya, Husna mewakili wanita masa kini, wanita yang tahu mempertahankan maruah diri, bukan wanita yang mudah tunduk atau lemah.”

Watak Husna dijangka menjadi antara elemen paling memberi kesan kepada penonton, terutamanya wanita yang pernah melalui konflik keluarga dan tekanan rumah tangga.

ree

Sumpah Ibuku bukan sekadar drama keluarga ia adalah refleksi betapa rapuhnya ikatan kekeluargaan apabila kasih diganti dengan kebencian. Jangan ketinggalan mengikuti setiap episod untuk mengetahui pengakhiran kisah penuh konflik ini.

Comments


bottom of page