top of page

Stray Kids Hadiahkan ‘Star, Light (STAY)’ Sempena 8 Tahun

  • Writer: Tasnim Ahmad
    Tasnim Ahmad
  • 3 hours ago
  • 2 min read

Kalau korang peminat K-pop, mesti dah familiar dengan Stray Kids ‘Star, Light (STAY)’ iaitu single terbaru yang bakal dilancarkan sempena ulang tahun ke-8 kumpulan ni. Ya, dah lapan tahun sejak debut mereka pada 25 Mac 2018, dan kali ni, mereka pilih untuk “celebrate” dengan cara paling meaningful iaitu bagi hadiah khas untuk peminat setia, STAY.


Single digital bertajuk ‘Star, Light (STAY)’ dijadualkan release pada 25 Mac, sama tarikh dengan anniversary mereka. Bukan sekadar lagu biasa, tapi lebih kepada simbol penghargaan buat peminat yang tak pernah berhenti support dari dulu sampai sekarang.


Menariknya, pengumuman lagu ni datang bersama visual cover yang agak sentimental. Dikeluarkan di media sosial rasmi mereka pada 18 Mac, artwork tersebut menampilkan light stick rasmi mereka, NACHIMBONG, sebagai simbol “cahaya” yang menjadi arah. Lebih special, ahli Stray Kids sendiri terlibat dalam proses kreatif termasuklah design bintang dengan gaya masing-masing. Memang nampak effort dan sentuhan peribadi di situ.


Kalau tengok konsep dia, vibe dia agak warm dan emotional. Macam satu tribute dua hala dari Stray Kids untuk STAY, dan juga refleksi perjalanan mereka sepanjang lapan tahun dalam industri.


Tak cukup dengan lagu, Stray Kids juga bakal jumpa peminat secara live menerusi fan meeting ke-6 mereka, “STAY in Our Little House”. Acara ni akan berlangsung di Incheon Inspire Arena dari 28 hingga 29 Mac, dan sambung lagi pada 4 hingga 5 April. Apa yang lagi wow, semua tiket dah sold out. Inilah bukti betapa kuatnya fanbase mereka sekarang.


Untuk peminat yang tak dapat hadir secara fizikal, jangan risau. Persembahan pada 29 Mac dan 5 April akan distrim secara online melalui platform Beyond LIVE. So, STAY seluruh dunia masih boleh rasa momen istimewa tu sama-sama.


Secara keseluruhan, anniversary kali ni bukan sekadar throwback perjalanan Stray Kids, tapi lebih kepada celebration hubungan mereka dengan peminat. Dan jujur cakap, benda macam ni yang buat fandom makin solid.


Akhir kata, kalau korang STAY atau sekadar casual listener, ini mungkin masa terbaik untuk revisit balik perjalanan Stray Kids dari rookie sampai jadi antara nama besar K-pop sekarang.

Comments


bottom of page