SPIDER UNPLUGGED: Konsert Ikonik 2 Dekad Kegemilangan Spider Bakal Gegar Mega Star Arena Oktober Ini
- kaypohmedia
- 1 day ago
- 2 min read
Updated: 4 hours ago
Kumpulan rock legenda tanah air, Spider, bakal kembali menyengat pentas dengan konsert istimewa bertemakan “SPIDER UNPLUGGED” yang akan berlangsung pada 25 Oktober 2025 bertempat di Mega Star Arena, Kuala Lumpur. Konsert ini menandakan satu era baharu dalam sejarah karier muzik Spider yang telah mengharungi lebih dua dekad penuh warna-warni.

Sejak kemunculan mereka pada tahun 1996, Spider telah mewarnai industri muzik dengan pelbagai karya ikonik seperti Relaku Pujuk, Aladin, Kasih Latifah, Nazraku dan Cinta Dewa Dewi. Kumpulan yang kini dianggotai oleh Tam (vokal), Aie (drum), Iss (bass) dan Pown (gitar) ini pernah menawan hati jutaan peminat dan memenangi pelbagai anugerah termasuk Juara Lagu 2004 dan Album Pop Rock Terbaik di AIM 2005.

Kini, setelah hampir tiga dekad, Spider memilih untuk tampil dalam sebuah konsert unplugged konsep yang lebih intim, minimalis dan memberi penekanan terhadap kualiti bunyi serta penghayatan sebenar muzik.
Menurut penganjur, Naga Legend Entertainment, konsert ini bukan sahaja bakal menampilkan sisi berbeza Spider, tetapi juga menjadi satu penghargaan kepada peminat tegar mereka yang sentiasa setia. Wakil penganjur, Fandy Alias, menyatakan keterujaan mereka apabila lamaran untuk menganjurkan konsert ini disambut baik oleh kumpulan itu.
“Konsep unplugged ini adalah yang pertama kali buat Spider, dan kami yakin ia akan menjadi satu persembahan eksklusif dan mewah yang akan dikenang sepanjang zaman,” ujar Fandy.
Bagi pihak Spider pula, Tam menegaskan bahawa konsert ini bukan sekadar persembahan rutin.

“Kami sangat selektif dalam penganjuran konsert solo. Apa yang kami tawarkan ialah pengalaman muzik sebenar dengan penekanan pada sistem audio berkualiti tinggi, persediaan teknikal yang mantap dan kesediaan sepenuhnya dari kami untuk 'kasi pecah panggung’,” katanya.
Spider juga baru-baru ini kembali dengan single “Keluar Sarang” yang telah mendapat sambutan hangat. Ini menjadi bukti bahawa mereka masih kekal relevan dan berbisa dalam lanskap muzik tempatan.
Tiket untuk konsert SPIDER UNPLUGGED boleh didapatkan melalui laman web rasmi www.ilassotickets.com/spiderunplugged. Beberapa kategori tiket ditawarkan:
RM198 – Aladdin (Free Seating)
RM238 – Cinta Dewa Dewi (Numbered Seat)
RM298 – Kasih Latifah (Numbered Seating)
RM388 – Relaku Pujuk (Numbered Seating)
Bagi peminat Spider, ini adalah peluang keemasan untuk menyaksikan persembahan intim yang belum pernah diadakan sebelum ini. Jangan lepaskan peluang ini untuk menjadi sebahagian daripada detik sejarah Spider di Mega Star Arena!
Tarikh: 25 Oktober 2025
Lokasi: Mega Star Arena, Kuala Lumpur
Comments